Secara umumnya TAG adalah tanda bagi komputer untuk memahami bahasa pengaturcaraan. Penggunaan tag yang mesti ada dalam sesuatu laman web ialah
<HTML> --- Permulaan bagi bahasa HTML
<HEAD> --- Kebanyakkan koding seperti Javascript, XML dan ASP di masukkan di sini. Kebiasaannya "script" di dalam <HEAD> perlu dijalankan sebelum keseluruhan halaman dimuat turun sebagai persediaan.
</HEAD> --- Penamat bagi <HEAD>
<BODY> --- Sebarang koding yang ditulis di ruangan ini akan dipaparkan
</BODY> --- Penamat bagi paparan
</HTML> --- Penamat bagi bahasa HTML
Di samping itu terdapat pelbagai lagi TAG yang terdapat dalam HTML dan akan diterangkan secara khusus kemudiannya.
Setiap TAG perlu ada pembuka TAG and perlu ditutup pada akhir penggunaannya. Sekiranya tidak ditutup, elemen-elemen selepas TAG dibuka akan memberikan kesan TAG tersebut sehinggalah tag penutup </HTML>.
Pastikan anda sentiasa menutup sebarang TAG yang digunakan.
Penulisan koding perlulah teratur dan kemas bagi memudahkan anda mengenali dan memahami setiap koding yang digunakan. Sekiranya penulisan koding tidak teratur akan menyukarkan anda untuk mencari bahagian-bahagian koding yang terlibat. Penerangan lebih lanjut dalam "Penulisan Koding".