Tuesday, 2024-05-07, 4:58 PM | Welcome Guest

Support not Komplot

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Artikel » Fesyen,Gaya,Unggul » 9 Tip tampil hebat 2009 untuk Maskulin
9 Tip tampil hebat 2009 untuk Maskulin
matDate: Wednesday, 2008-12-17, 5:42 PM | Message # 1
aku suka makan gulai tempoyak
Group: Administrators
Messages: 296
Reputation: 1
Status: Offline

Langkah ke tahun baru dengan penuh yakin dan bergaya. Ubah
penampilan, ubah pemikiran, kerana itu adalah penentu keperibadian
dan kejayaan anda! Pastikan orang sekeliling kagum dengan penampilan baru.
9 tip di bawah bakal membantu anda.

9 Tip tampil hebat 2009

Penjagaan wajah

Hello guys! Wake uplah… Mana ada lagi lelaki moden hari ini tidak tahu menjaga dan merawat wajah? Jika anda seorang yang hanya mencuci wajah sekali sehari, tahun baru ubah rutin itu. Dua kali sehari menggunakan produk pencuci sangat disarankan. Kini pelbagai produk penjagaan dan rawatan wajah untuk anda di pasaran. Pilih sahaja yang sesuai dengan kulit kerana kamu perlu ingat tidak semua pencuci, pelembap dan penyegar (produk asas penjagaan wajah) sesuai pada kulit anda. Satu lagi, jangan lupa untuk bercukur selalu.

Kasut

Sekurang-kurangnya perlu ada sepasang kasut kulit kasual yang berkualiti dan mencerminkan personaliti anda. Bukan untuk dipakai selalu, tetapi hanya pada majlis tertentu. Sangat penting untuk menonjolkan diri anda seorang yang elegan dan sofistikated. Pilih sama ada bertali atau tanpa tali (loafers).

Kemeja

Jika kamu hanya memiliki kemeja biasa di dalam almari untuk dipakai ke pejabat, apa kata tahun ini anda beli dan miliki sehelai atau dua kemeja French cuff. Kemeja ini perlu digayakan dengan kafling yang menarik. Kamu bukan sahaja tampil lebih formal tetapi juga bergaya. Soal pemilihan warna kemeja pula, pilih warna lain dari biasa. Warna jingga, merah jambu dan hijau dalam tona pastel menjadi pilihan hebat. Manakala potongan pula, pilihlah kemeja slim fit.

Beg bimbit

Terdapat di mana-mana, tidak kira di pejabat swasta atau kerajaan. Ramai lelaki memilih atau menggunakan beg yang salah untuk menyimpan maklumat dan bahan kerja. Apa yang selalu diperhatikan, kebanyakan lelaki berpakaian kemas tetapi memakai beg yang tidak sesuai dan lusuh. Sudah tentu ini mencacatkan penampilan. Anda disarankan untuk menggunakan beg bimbit agar menampakkan imej seorang profesional.

Jam tangan.

Aksesori yang wajib ada bagi setiap lelaki ialah jam tangan.Jam tangan bukan sahaja menunjukkan gaya tetapi menjelaskan kamu seorang yang amat pentingkan masa,dan orang lain pula akan menilai anda sebagai seorang yang menepati masa.Tidak kira apa jenis jam tangan yang dipakai,jangan lupa untuk mencucinya.Gunakan kain perca atau pencungkil gigi untuk menanggalkan kotoran yang melekat.Jika jam kamu jenis kalis air,cuci dengan air suam dan buih sabun.Jika bertali kulit,cuci bingkainya sahaja.

Tempah pakaian

Anda tidak perlu menempah semua pakaian,tetapi sekurang-kurangnya tempah untuk beberapa jenis pakaian (sepasang sut dengan kemeja) yang fit sempurna dengan tubuh.Biasanya menempah pakaian agak mahal,tetapi sesetengah kedai menyediakan khidmat alteration untuk selama-lamanya.Jadi,anda sudah boleh berjimat dari membeli sut baru.

Bau badan

Badan kita mudah berpeluh dan kadang-kala boleh meninggalkan kesan bau badan yang kurang selesa.
Periksa bau badan anda.Gunakan pewangi (cologne, deodoran, semburan badan atau minyak wangi) pada tangan untuk memberi lebih kesegaran.Sekiranya anda berpeluh dengan banyak, disarankan untuk memakai singlet bagi menyerap peluh agar kemeja yang dipakai tidak melekit.

Gaya berjalan dan postur tubuh

Apabila bekerja, penampilan adalah sangat penting.Namun, walaupun penampilan hampir sempurna gaya berjalan dan postur tubuh sangat penting supaya penampilan anda menjadi lebih sempurna.Teliti bagaimana cara anda berjalan adalah melambangkan bagaimana diri anda.
Lakukan sedikit senaman untuk mendapatkan kekuatan otot supaya anda kelihatan lebih segak dan yakin untuk bekerja.

biggrin = sumber majalah Maskulin DEC 2008


http://www.myspace.com/psyopusx
Namaku muhammad shaufiq

YM - psyopus_786@yahoo.com
 
bear1024Date: Wednesday, 2008-12-17, 9:52 PM | Message # 2
Major
Group: Administrators
Messages: 80
Reputation: 0
Status: Offline
haha!!
ak da bce dlm mag..
 
krijalDate: Wednesday, 2008-12-17, 10:00 PM | Message # 3
The Godfather
Group: Administrators
Messages: 545
Reputation: 1
Status: Offline
abis la hensem ak lepas ni...
kahkahkah!
tongue tongue


www.myspace.com/pelikdesign
 
syafiqkeDate: Friday, 2008-12-19, 11:55 PM | Message # 4
Ngeh ngEh NgeH~ makan budak
Group: Administrators
Messages: 73
Reputation: 0
Status: Offline
huh kesedaran y patut diambil berat biggrin

http://www.myspace.com/waves125

 
haikal19Date: Monday, 2008-12-29, 9:09 PM | Message # 5
Saya Suka makan Ice Cream PadeLPop~
Group: Administrators
Messages: 90
Reputation: 0
Status: Offline
try polo blue or polo black tuk wangian yg mature =P wink

Call me HarrioN~ HarrionX~ oR HarrionZ!!

Gona stop going internet coz scul nak bukak da...... bkk kekadang je

 
krijalDate: Tuesday, 2008-12-30, 0:18 AM | Message # 6
The Godfather
Group: Administrators
Messages: 545
Reputation: 1
Status: Offline
sdp ke bau?
ak xgne pn...
gne tawas je..
hahaha


www.myspace.com/pelikdesign
 
matDate: Tuesday, 2008-12-30, 5:27 AM | Message # 7
aku suka makan gulai tempoyak
Group: Administrators
Messages: 296
Reputation: 1
Status: Offline
korang try bju kemeja kotak2 brand yg standard sket cam Topman,Levis,Padini,
or ariy 2 ak bley kemeja kotak2 brand Renoma kat Parade diskaun 70% reger sebenar 100 henget...try la usha...
klo bju t-shirt usha jer kedai kat Kuale ariy 2 ak beli T-shirt brand Replay 7 henget jer...
pastu ariy 2 ak usha F.O.S kat Parade T-shirt yg same die jual 35 henget...hehe
korg try jer Carik yg MURAH...TAPI KUALITI... biggrin



http://www.myspace.com/psyopusx
Namaku muhammad shaufiq

YM - psyopus_786@yahoo.com
 
haikal19Date: Tuesday, 2008-12-30, 11:00 AM | Message # 8
Saya Suka makan Ice Cream PadeLPop~
Group: Administrators
Messages: 90
Reputation: 0
Status: Offline
Skrg ni tengah Discount abis-abisan till 3 January rasanya.

Baik cepat gi shopping skrg.

P/S:Renoma? kotak spender ke ko beli? wawawa

Juz kidding tongue

Polo blue ngan black aku try da masa kat kedai minyak wangi, x beli pun, xde bajet.

Tapi korang ley beli polo blue generic smell kat reject shop. Arga RM21, dia bukan polo original, tapi dia ambik bau tu then guna bahan2 murah skit.

So x la sewangi rael polo, tapi WANGI (aku beli da, nak abesh lak tu)


Call me HarrioN~ HarrionX~ oR HarrionZ!!

Gona stop going internet coz scul nak bukak da...... bkk kekadang je

 
Forum » Artikel » Fesyen,Gaya,Unggul » 9 Tip tampil hebat 2009 untuk Maskulin
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Login form
Search
Our poll
Raya tahun ni camne?
Total of answers: 40
Tag Board
Site friends
  • Myspace