Sunday, 2024-05-19, 11:22 PM | Welcome Guest

Support not Komplot

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Forum » Kafe @ ipoh.ucoz.com » Santapan Rohani » khusyuk dalam solat
khusyuk dalam solat
matDate: Wednesday, 2008-12-17, 2:03 AM | Message # 1
aku suka makan gulai tempoyak
Group: Administrators
Messages: 296
Reputation: 1
Status: Offline
Untuk pengetahuan anda semua, saya baru mengetahui perkara ini. Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit maklumat ini agar kita sama-sama dapat khusyuk didalam solat kita. Sekurang-kurangnya kita dapat memahami ayat-ayat yang kita baca itu.

Teringat pesan ustaz, apabila kita hendak khusuk didalam solat, kita perlu mengingatkan diri kita bahawa solat yang kita ingin lakukan itu mungkin terakhir. Jadi kita seharusnya buat yang terbaik untuk berdailog kepada ALLAH. Dan kita cuba memahami setiap erti bacaan didalam solat itu agar kita faham dan mengetahui maksud-maksudnya.

-------------------------------------------------

Cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah didalam solatnya, Baginda akan memberhentikan bacaan pada setiap akhir ayat.

Begitulah yang dilakukan oleh Baginda sehingga sempurna membaca al-Fatihah. Ini adalah kerana setiap ayat yang dibaca didalam surah al-Fatihah ini ALLAH menjawab balik. Disini di sertakan maksud ayat al-Fatihah dan jawapan dari ALLAH kepada setiap ayat yang dibaca.

Alhamdullilahhirabbilalamin.....
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Arrahmanirahim.....
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Malikiyaumiddin.....
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyyakanakbuduwaiyakanastain.....
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinossiratolmustakin.....
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Siratollazinaanamtaalaihim, rairilmardubialaihimwalloddollilin....

Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.


http://www.myspace.com/psyopusx
Namaku muhammad shaufiq

YM - psyopus_786@yahoo.com
 
syafiqkeDate: Tuesday, 2008-12-30, 1:35 AM | Message # 2
Ngeh ngEh NgeH~ makan budak
Group: Administrators
Messages: 73
Reputation: 0
Status: Offline
thx mat

http://www.myspace.com/waves125

 
Forum » Kafe @ ipoh.ucoz.com » Santapan Rohani » khusyuk dalam solat
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Login form
Search
Our poll
Raya tahun ni camne?
Total of answers: 40
Tag Board
Site friends
  • Myspace