Sunday, 2024-12-22, 9:23 AM | Welcome Guest

Support not Komplot

[ New messages · Members · Forum rules · Search · RSS ]
  • Page 1 of 1
  • 1
Mahu berjaya tetapi malas
syafiqkeDate: Tuesday, 2008-12-30, 2:22 AM | Message # 1
Ngeh ngEh NgeH~ makan budak
Group: Administrators
Messages: 73
Reputation: 0
Status: Offline
SAYA akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dan mempunyai ingin berjaya dalam hidup.

Saya ingin melanjutkan pelajaran di universiti. Masalahnya, saya sangat malas untuk belajar.

Ketika di tingkatan tiga, saya pelajar rajin dengan memperoleh keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baik. Namun, sikap saya yang malas kini, pelajaran saya makin merosot.

Saya takut perkara ini akan berlarutan dan memberi kesan dalam keputusan SPM nanti. Sikap malas ini juga menyebabkan saya sering bergaduh dengan kakak yang selalu menasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh.

Saya rasa tertekan dengan sikap kakak itu tetapi saya juga ingin berubah.

Tolonglah Dr, saya sering menangis memikirkan sikap malas ini tapi sukar hendak berubah.

HARAPKAN BANTUAN
Melaka.

DR ucapkan tahniah kerana adik ingin berubah sikap, ini satu perkembangan positif yang memerlukan usaha konsisten.

Apabila sikap malas ini dapat dibuang sedikit demi sedikit, tentu masalah dengan kakak juga boleh diatasi.

Apabila tidak lagi berkonflik , perasaan tertekan akan berkurangan. Tentunya sikap sering menangis juga boleh dikurangkan.

Dr juga ingin mengucapkan tahniah kerana adik seorang yang mengambil berat mengenai masa hadapan. Buktinya adik mempunyai cita-cita untuk berjaya dan Dr doakan ia akan tercapai dengan membuang sikap malas.

Malas musuh kepada produktiviti. Jika malas, sukar kita melakukan perkara bermakna dalam kehidupan. Kita akan banyak menangguhkan masa untuk melakukan perkara yang memberi manfaat.

Apatah lagi jika melakukan sesuatu kerja dalam malas, kita hanya akan melakukannya dengan separuh hati.

Dr menyenaraikan beberapa panduan untuk mengatasi sifat itu, antaranya perlu menetapkan masa minimun memulakan sesuatu kerja.

Perkara paling sukar ialah memulakan sesuatu, jadi pastikan masa ditetapkan untuk memulakan tugas adalah pendek, contohnya, 15 minit atau lebih pendek iaitu lima minit.

Seterusnya, mulakan tugas yang ingin dibuat. Wujudkan satu perasaan melakukan sesuatu tugasan dengan segera. Untuk membuang sikap malas, perlu melihat faedah yang diperoleh apabila membuang sikap itu kerana akan bertindak sebagai satu motivasi.

Apabila berjaya mengatasi perasaan malas itu , berilah penghargaan dan pujian kepada diri sendiri. Fikirkan apa yang akan berlaku jika adik masih bersifat malas.

Tentu banyak perkara buruk akan muncul seperti apa yang adik alami kini. Peranan rakan dalam membantu membuang sikap malas juga penting. Bersahabatlah dengan orang yang rajin.

Tetapkan matlamat untuk mengurangkan masa terluang dan senggang. Adik akan lebih berjaya jika membuat sesuatu dengan teratur.

Cabar diri sendiri untuk bersifat lebih bermotivasi. Bersenam boleh meningkatkan tahap tenaga dan peka dengan keadaan sekeliling. Amalkan bersenam dan rehat mencukupi supaya mempunyai tenaga sekali gus membuang sikap malas. Semoga berjaya.

sumberhttp://www.hmetro.com.my/


http://www.myspace.com/waves125

 
  • Page 1 of 1
  • 1
Search:

Login form
Search
Our poll
Raya tahun ni camne?
Total of answers: 40
Tag Board
Site friends
  • Myspace